Saturday, December 15, 2012

(CERPEN) Akronim Cinta Muda



~~~OKAY, sebelum Puteri mulakan cerita, let me introduce myself first. Nama diberi Puteri Batrisya Nur Fatihah Binti Datuk Abdul Samad. Panjang tak nama Puteri? Well, mengikut sejarah asal-usul nama Puteri, ada lebih kurang empat orang yang bertanggungjawab untuk berikan nama pada Puteri di hari ketujuh kelahiran Puteri.
Orang yang pertama adalah my daddy yang suka dengan nama Batrisya. Orang yang kedua adalah my lovely mommy yang suka dengan nama Puteri. Ketiga dan keempat pula adalah hasil pungutan suara ramai yang terdiri daripada kerabat besar keluarga Puteri. Diketuai Tan Sri Mahmud Joned dan Puan Sri Latifah Embong, my grandpa dan my grandma merangkap CEO keluarga besar T.S.M.J., akronim kepada Tan Sri Mahmud Joned. L.O.L.

Tahu apa maksud L.O.L. ? Puteri tahu you all tahu apa maksud akronim atau dalam bahasa bakunya kependekkan kata. ‘Lots of laugh’ atau dalam loghat pasar lebih dikenali dengan ketawa terbahak-bahak.
Anyway, ini pertama kali Puteri cuba menjinakkan diri dalam bidang penulisan blog. Jinak sangat, tangan di dada, mata ke atas.
Ramai buddies Puteri dah lama buka blog, Puteri sahaja yang outdated walaupun sebenarnya dari sudut pemakaian fesyen, Puteri ibarat Naomi Campbell atau Tyra Banks Malaysia, cuma Puteri gadis bertudung litup sahaja.
Sebenarnya Puteri tak tahu nak taip apa untuk my first entry dalam blog ini. Keep guessing whether should I ‘stori-mori’ tentang fesyen terkini, atau produk Gucci ‘Oh My Gucci’ sangat, atau ­tragedi di sekolah tentang seorang pelajar lelaki ‘BULAT’.
Aha! Bercakap tentang mamat BULAT ni, BULAT bukan bermaksud gemuk, sebab mamat tu good-looking, Alif Haikal namanya.
BULAT stand for ‘BUdak LAki Terpoyo’. Poyo sebab semua aktiviti sukan dia join, dan semua aktiviti persatuan dia jadi ketua. Huh! Of course kawan-kawan Puteri semua tak suka. Bukan tak suka dengan mamat BULAT itu, sebenarnya kawan-kawan Puteri tak suka dengan pendapat Puteri.
Perlukah nak menunjuk-nunjuk supaya pelajar-pelajar perempuan tergila-gilakan dia. Please-lah! Puteri bukan macam kawan-kawan Puteri yang lihat lelaki kacak sikit dalam majalah, terus menjerit gila. Bagi Puteri, cukuplah ada lelaki yang pernah berjanji untuk sehidup semati dengan Puteri suatu ketika dulu. Chewah!.
B.T.W., atau by the way, bulan depan dia akan balik Malaysia. Sekarang dia lanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Univeristy of Birmingham.
Tak sabar rasanya nak jumpa dia. X.O.X.O. dan D.
Maksudnya peluk, cium, peluk, cium dan senyum lebar. END.~~~
“Puteri! Dinner is ready!” Bik Tijah memanggil. Puteri Batrisya Nur Fatihah terus menutup komputer ribanya. Dia bergegas turun ke ruang meja makan. Bersama-sama di meja makan, adalah kedua orang tuanya bersama datuk dan nenek.
“Fatihah, macam mana dengan sekolah hari ni?” soal Tan Sri Mahmud, datuk kepada Puteri Batrisya Nur Fatihah. Dia hanya menunjukkan isyarat jari okey. Tan Sri Mahmud membalas dengan senyuman sambil menanti nasi dituangkan dalam pinggannya oleh Bik Tijah.
Daddy,  cuti hujung minggu ni Puteri nak hangout dengan kawan Puteri,boleh?”
 “Awak tu kan nak SPM,” sanggah ibunya, Datin Suraya. Bibir puteri dicebik tatkala mendengar kata-kata ibunya.
“Takpe-lah, takkan setiap hari nak ulangkaji pelajaran,” ayah Puteri mempertahankan anak tunggalnya, “Untuk Batrisya, daddy izinkan.”
“Abang ni,” Datin Suraya mencubit manja perut buncit suaminya.
Thanks daddy, mommy,” Puteri segera respons dengan riangnya.
“Tapi ingat, wajib dapat straight A’s. Kalau tak, kamu kena kahwin dengan lelaki pilihan grandma,” Puan Sri Latifah mencelah.
‘Hah!? Kahwin!?’ desis hati Puteri kehairanan. Tan Sri Mahmud dan Datuk Abdul Samad ketawa kecil, manakala ibunya yakni Datin Suraya menunjukkan isyarat ibu jari sambil kening terangkat sebelah kepada Puteri.
###
~~~For the record, Puteri rasa kahwin bawah umur belum jadi satu trend lagi, cuma jadi isu besar yang sebenarnya Puteri pun tak faham kenapa ia perlu diperbesarkan. Oh ya, maaf sebab Puteri mulakan entri blog hari ini tanpa beri salam.
Assalamualaikum. Jawab, jangan tak jawab.  Kalau tak jawab dosa. Just kidding. Masa makan malam semalam, my grandma cakap yang Puteri akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan grandma kalau result  Puteri tak dapat straight A’s.
Triple O.M.G.!
Bayangkan, grandma Puteri boleh sembang tentang kahwin sedangkan umur Puteri belum 18 tahun lagi. Oleh sebab itu, I stand for the motion bahawa gadis perempuan macam Puteri perlu dibenarkan kahwin selepas umur 18 tahun. Siapa setuju sila komen.
Baiklah, cukuplah sekadar entri ringkas dari Puteri. Sehingga ketemu lagi dan jangan lupa komen. Puteri nak bersiap ke sekolah, minggu depan dah nak mula Trial SPM.
Wish me luck. X.O.X.O dan D. END.~~~
“Huwaaa!” Puteri mengeliat sambil jemarinya diurut selepas mengemaskini blog-nya. Jam Hello Kitty di dinding menunjukkan tepat pukul 7.30 pagi. Tiba masanya untuk Puteri bersiap untuk ke sekolah.
Di halaman rumah Tan Sri Mahmud, Pak Man yakni pemandu peribadi kepada keluarga Tan Sri Mahmud sedang mengelap kereta Proton Perdana. Kebiasaannya, Pak Man akan menunggu Tan Sri Mahmud, namun sudah dua bulan Tan Sri Mahmud menumpang kereta menantunya iaitu Datuk Abdul Samad ke pejabat.
Pak Man di arahkan majikannya itu untuk menghantar atau membawa Puteri ke sekolah atau ke mana sahaja yang diinginkan. Umurnya sudah mencecah 55 tahun, setahun lagi akan pencen jika dia berkhidmat di jabatan kerajaan.
“Hai, Pak Man,” sapa Puteri riang dari belakang. Pak Man mengurut dadanya seperti terkejut. Melalui bahasa isyarat, Pak Man bertanya kepada Puteri sama ada gadis itu sudah sarapan atau belum.
“Dah,” balas Puteri menunjukkan isyarat tangan dengan tanda okay.
Pak Man kemudiannya membuka pintu belakang untuk Puteri. Puteri membalas dengan ucapan terima kasih. Pak Man masuk ke tempat pemandu, dan mula memasukkan gear.
Setibanya di perkarangan sekolah, beberapa kawan rapat Puteri sudah setia menunggunya. Dari kiri Monica, Sherry, Julia dan Amanda. Kesemuanya menunggu dengan penuh ceria. Monica mendekati Proton Perdana dan membuka pintu untuk Puteri.
“Hai babe,” sapa Monica. Yang lain mengikut Monica dari belakang seperti menyorokkan sesuatu.
“Hai, macam awkward sikit,” balas Puteri kehairanan.
Awkward?
“Yup, selalunya you all tak pernah tunggu Puteri sampai ke kereta. Feel like something fishy here,”
Sebenarnya kami ada prepare sesuatu untuk Puteri. Cuba teka,” Monica menyuruh Puteri meneka kenapa dia berasa sangsi dengan tingkah laku kawan rapatnya.
“Harimau Malaya menang?”
Nope,”
“Glee season 3 dah keluar?”
Oh God! For God sake. Cuba lagi,”
“Ala, Maimonah. Puteri tak reti lah nak teka-teka ni,” Puteri mengalah awal kerana pagi-pagi dah disuruh untuk kerah otak meneka sesuatu yang dia tak tahu.
Oh ya, sebelum terlupa. Monica sebenarnya anak Pegawai Daerah. Nama sebenarnya Maimonah Binti Datuk Jasni. Lebih suka menggelarkan dirinya sebagai Monica atau Monice, dengan menggantikan huruf terakhir ‘c’ dan ‘e’ kepada ‘k’, menampakkan dirinya lebih Perancis. Kenapa Perancis? Sebabnya Perancis terkenal dengan dunia fesyen, atau lembah fesyen di dunia.
“Oit! Kan I dah cakap banyak kali, nama Maimonah jangan disebut. Sebut Monica atau Monik dengan ejaan M.O.N.I.C.E.,”
“Alolo, merajuk pulak kawan Puteri ni. Faham bos,” seloroh Puteri.
“Teka-lah cepat,” sampuk Sherry, atau nama sebenarnya Sharifah Amirah, “nanti aiskrim Haagen-Dazs cair.”
Julia menyinggung Sherry dengan sikunya. Manakala Monica dan Amanda merenung ralat ke arah muka Sherry. Puteri mencelah di tengah-tengah mereka berempat.
“Wah, aiskrim Haagen-Dazs! Nak sikit,” Puteri terus mengambil aiskrim di tangan Sherry.
“Tapi Puteri belum teka lagi?” Sherry bersuara.
“Nak teka apa lagi kalau kau dah bagi tahu jawapan,” sampuk Julia kasar. Satu-satunya gadis yang datang ke sekolah dengan bas. Tinggal bersama keluarga angkatnya yang baru sahaja bercerai atas alasan ibu angkatnya tak pandai menjaga badan walaupun tak pernah mengandung.
“Masa bila I cakap yang kita sembunyikan aiskrim Haagen-Dazs tu,” kata Sherry sekali lagi.
Monica dan Julia hanya menggelengkan kepala.
“Masih pending. Typical Sherry,” gadis genit bernama Amanda menepuk bahu Sherry. Amanda merupakan anak bongsu dari dua belas adik-beradik, bapanya sudah meninggal dunia, dan kini dia tinggal bersama ibu dan keluarga abang kandungnya yang pertama.
Akhirnya mereka berlima bergerak bersama dengan riangnya, sambil Sherry masih mempersoalkan masa bila dia beritahu jawapan kepada Puteri.
Setiap kali mereka melangkah masuk ke perkarangan sekolah, seakan ada hembusan angin yang menghembus pergerakan mereka. Setiap langkahan mereka menjadi perhatian. Kelima-limanya saling melengkapi, koridor sekolah umpama laluan pentas catwalk. Pelajar lelaki terpesona dan pelajar wanita terkesima seketika. Manakala sekumpulan pelajar lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai diva, menghampiri mereka berlima.
“Macam cantik sangat,” sapa Rashid.
Of course!” balas Monica.
Euwwh, selisih malaikat empat puluh empat, nok!” Rashid sekali lagi bersuara.
“Selisih-selisih pun, tetap kami beauty, dan you all are the beast!”  Monica membalas.
“What-everrr!” Rashid mengeluarkan jari telunjuk dan menggerakkannya ke kiri dan ke kanan.
Triple T. H.!” Sherry pula mencelah sambil menggerakkan bahunya.
“Huh? Budak pending pun nak berlagak diva,” Rashid bergerak keliling kelima-lima gadis tersebut. Kemudian dia memberi isyarat kepada pelajar dalam kumpulannya untuk bergerak pergi. Sebelum Rashid melangkah lebih jauh, dia sempat menoleh dan mengerling sinis ke arah muka Monica. Monica membalas dengan menjelirkan lidah sahaja.
Triple T. H. tu apa?” soal Julia.
“Talk to the hand!” Puteri, Monica, Sherry dan Amanda serentak menjawab disusuli gelak tawa mereka bersama.
Mereka berlima kemudian masuk dalam kelas. Puteri dan Monica duduk bersebelahan, Sherry dan Amanda pula duduk di hadapan mereka berdua. Manakala Julia duduk berseorangan di belakang Puteri.
“Bangun!” sahut Alif Haikal, ketua kelas 5 Sains 1 menandakan guru bagi subjek pertama telah masuk. Alif Haikal seterusnya menyambut ketibaan guru tersebut dengan ucapan selamat pagi sambil diikuti rakan sekelasnya yang lain.
Pelajar dalam kelas ini pun duduk setelah guru tersebut memberi isyarat untuk duduk.
“Siapa lelaki tu?” bisik Monica kepada Puteri.
“Cikgu Bio-la,” jawab Puteri ringkas.
“Bukan yang kat depan kelas, tapi yang berdiri tegak kat luar kelas?”
“Mana?” soal Puteri mencari-cari lelaki yang dimaksudkan itu. Puteri melihat di balik tingkap kelas, seorang pelajar lelaki sedang mengendeng begnya di bahu kanan. Rambutnya tersisip rapi ke bahagian tepi. Lama juga Puteri merenung ke arah kelibat pelajar tersebut.
Mata bulat Puteri seakan terpaku dengan kekemasan penampilan diri pelajar lelaki tersebut. Pelajar lelaki tersebut sedar yang dia sedang diperhatikan dari luar tingkap kelas, terus menoleh ke arah pandangan Puteri. Kini mata mereka bertentang. Hati kecil Puteri mula merasa debar.
Pelajar lelaki itu menunduk hormat dan senyum bersama lesung pipit di pipinya. Puteri terkejut dan membalas perkara yang sama ke arah lelaki tersebut. Puteri kemudian menyandar dirinya ke kerusi dan mengurut dadanya yang bergelora.
Are you okay?” soal Monica.
‘Kenapa dengan aku ni?’ desis hati kecil Puteri.
Soalan Monica tak dijawab dengan perkataan, sebaliknya Puteri hanya membalas dengan isyarat tangan yang menunjukkan dia sihat wal-afiat.
“Cikgu, anak ikan siapa kat luar tu?” sahut Rashid yang duduk bersebelahan Alif Haikal dalam kelas tersebut.
“Ya Allah!” guru tersebut menepuk dahinya kerana terlupa akan sesuatu, “saya lupa nak perkenalkan pelajar baru kelas ni. Mari masuk,” pelawa guru tersebut.
“Assalamualaikum,” suara serak basah pelajar lelaki tersebut memukau kesemua mata pelajar perempuan dalam kelas itu, termasuk Rashid.
“Waalaikumussalam,” balas Puteri, kemudian menekup mulutnya kerana hanya dia seorang menjawab salam pelajar lelaki tersebut. Pelajar lelaki itu membalas dengan senyuman dan lesung pipitnya jelas kelihatan.
“Jatuh jantung, mek. Matilah!” Rashid pula bersuara. Tiba-tiba suasana kelas itu bertukar menjadi bising dengan suara pelajar wanita yang terpegun dengan raut wajah ‘baby-face’ pelajar lelaki itu.
Guru yang berdiri di sebelah pelajar lelaki itu cuba menenteramkan keadaan dalam kelas. Seterusnya guru tersebut menyuruh pelajar lelaki itu untuk memperkenalkan dirinya. Kesemua pelajar yang ada dalam kelas tersebut memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang ingin diperkatakan oleh pelajar lelaki tersebut. Hanya Alif Haikal sahaja yang tersenyum sinis, sesekali dia mengeluarkan bunyi ‘ceh!’ menandakan sikap iri hati dengan kehadiran pelajar lelaki tersebut.
“Nama saya Danial Iskandar,” pelajar lelaki tersebut memulakakan pengenalannya. “Kawan-kawan boleh panggil saya Danial. Err, apa lagi yer?”
Tanpa melengahkan masa, ramai pelajar perempuan termasuk Rashid mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan. Guru biologi tidak memberikan peluang kepada sesiapa pun untuk bertanyakan soalan.
“Maaf yer semua, kalau saya buka ruangan untuk sesi ‘Q n A’, alamatnya kelas kita tak habis,”
‘Q n A?’ soal hati Sherry. Dia kemudiannya menoleh ke belakang ingin bertanya kepada Puteri. Dilihatnya Puteri sedang memanggu wajahnya seakan terpukau dengan senyuman Danial. Monica pun begitu.
“Question and Answer!” Julia membalas jauh dari belakang. Sherry mengangguk faham, namun dia masih bingung. Kenapa Julia seakan tidak mempedulikan tentang kehadiran Danial. Sherry membiarkan perasaan bingungnya bersarang dalam fikiran.
“Cikgu, saya nak duduk mana?” soal Danial.
“Ikut suka hati awak,” balas guru tersebut bersahaja.
Rashid bingkas bangun dan mengambil kerusi lebih di belakang kelas dan meletakkan kerusi itu di mejanya. “Tak salahkan kita berkongsi meja. Saya boleh tolong awak, dan awak pula boleh dekat dengan saya.”
“Euwhhh!” balas Monica jijik dengan kata-kata Rashid, “cukuplah kau ada ketua kelas.”
“Hei, sudah-sudah!” Alif Haikal mencelah. “Sebagai ketua kelas, aku berhak menentukan siapa yang layak duduk disebelah aku,” Alif menunjukkan jari telunjuknya ke arah Puteri, “Puteri kena bertukar tempat dengan Rashid.”
“Jangan haraplah, BULAT!” bantah Monica.
“BULAT?” soal Alif Haikal yang tak tahu tentang gelarannya tersebut.
“Budak Laki Terpoyo,” Sherry menjawab bersahaja.
“What?!” Alif Haikal cuba mendekati Monica namun dihalang oleh Rashid. Rashid menenangkan Alif Haikal. Monica pula hanya menjelirkan lidah.
“Hai, saya Danial. Awak?”
“Julia.” Kesemua pelajar dalam kelas tersebut terkejut apabila melihat Danial duduk di meja kosong bersebelahan Julia. Manakala Puteri, Monica, Sherry dan Amanda memandang tepat ke arah Julia.
“Kenapa?” soal Julia serius.
###
~~Salam semua. Hari ini hari sabtu. Apa maksudnya? Maksudnya cuti sekolah, no school untuk hari ini. Tapi still masih ada homework. Kadang-kadang Puteri tak faham kenapa makin dekat dengan SPM, makin banyak pula kerja sekolah. Ya, mungkin ada yang berpendapat kita kena study hard. But for me, Puteri lebih suka dengan konsep study smart.  Supaya kita boleh jadi smart. L.O.L.
Dan sebut pasal smart, minggu lepas kelas Puteri ada pelajar baru. Dari segi penampilan, nampak segak dan cool. Dari sudut percakapan, ala-ala Zamani sedang menyanyi bercampur dengan wajah ‘baby-face’. For the first time, Puteri dapat rasa macam electric shock dalam jantung Puteri.
Nak tahu nama dia? Boleh, tapi kena tunggu Puteri update blog untuk post  yang akan datang. Makanya, keep following blog ‘Akronim Cinta’. X.O.X.O dan D. END~~~
“Puteri! Pak Man dah lama tunggu kamu di mobil,” Bik Tijah memanggil dari ruang dapur.
“Kejap… dah siap dah ni,” sahut Puteri segera mengambil kardigan untuk dipakai di luar. Gadis kecil molek ini bergegas turun dari tangga dan terus masuk ke dalam Proton Perdana yang sudah lama dipanaskan enjinnya.
Sorry lambat sikit, Pak Man,”
“Takpe, nak,” balas Pak Man tenang walaupun hampir setengah jam menunggu dalam kereta. “Puteri nak Pak Man hantar ke mana?”
“Hantar kat bus stop depan sekolah Puteri je lah. Boleh?”
“Boleh tapi Puteri kena janji dengan Pak Man kalau ada apa-apa, cepat-cepat kol Pak Man,” ujar pemandu peribadi keluarga besar Tan Sri Mahmud yang sedikit risau. Mana taknya, keselamatan cucu kesayangan majikannya adalah keutamaan baginya. Jika keselamatan Puteri tergugat, maka rezekinya untuk berkerja dengan majikannya juga pasti akan tergugat.
Tatkala kenderaan Proton Perdana yang dipandu Pak Man tiba di perhentian bas sebagaimana yang dipinta Puteri, Pak Man sempat menoleh dan menasihati Puteri, “Jaga diri elok-elok dan jangan lupa telefon Pak Man kalau ada apa-apa masalah.”
Okay!” jawab Puteri ceria dan terus melangkah keluar dari kereta Proton Perdana itu. Hon dibunyikan oleh Pak Man sebelum kereta yang dipandunya memacu laju meninggalkan Puteri di perhentian bas di hadapan sekolah.
Kebiasaannya, setiap hari sabtu kedua orang tua Puteri, termasuk datuk dan neneknya, akan berehat di rumah milik Tan Sri Mahmud di Janda Baik. Puteri selalunya enggan mengikut kerana baginya suasana sibuk di bandar lebih menyegarkan mindanya. Suasana sunyi dan sepi adalah satu suasana yang agak menyeramkan bagi gadis ini. Justeru, dia lebih suka bunyi pembangunan dari dendangan suara cengkerik dan angin.
Puteri melihat jam tangannya. Nampaknya dia datang awal 10 minit. Kelibat kawan karibnya masih tak kelihatan. Puteri akhirnya melabuhkan punggungnya di tempat duduk berjubin yang disediakan di perhentian bas tersebut.
Sedang Puteri menunggu ketibaan yang lain, sebuah bas yang tiada penumpang berhenti di perhentian bas tersebut. Puteri memandang ke arah lain seakan menafikan kewujudan dan kehadiran bas itu. Pintu bas itu dibuka perlahan. Konduktor bas tersebut mencuit memanggil Puteri menggunakan bibirnya. Seperti biasa, Puteri tak melayan lelaki sebegini.
“Assalamualaikum, cik adik. Tak jawab dosa,” konduktor bas tersebut bersuara cuba mengusik Puteri, “kalau jawab, nak kat saya.”
‘Heh, tak lawak pun!’ bentak hati kecil Puteri.
“Seorang je ke?” soal konduktor bas tersebut.
Puteri membisu walaupun hatinya rimas dengan usikan lelaki tersebut.
“Nak abang teman?”
‘Abang!?’ desis amarah hatinya. Matanya dipejam rapat dan dahinya berkerut menahan rimas usikan lelaki tersebut yang singgah di telinganya.
“Tak baik duduk seorang kat sini,” usikan konduktor bas itu semakin menjadi-jadi. “Nak abang temankan adik tak?”
Ikutkan hati nak sahaja Puteri balas masa bila pula dia jadi adik kepada lelaki tersebut. Namun, dia lupakan hasrat itu dan membiarkan sahaja lelaki tersebut dibuai dengan sikap perasan diri kacak.
“Terima kasih je lah,” Puteri bersuara dan matanya merenung tajam ke arah konduktor bas tersebut, “sebab saya dah ada yang temankan. Sekarang ini pun, Dia tengah perhatikan abang berdua,” kata Puteri mengugut.
Konduktor bas tersebut melihat dari pintu bas dan mencari-cari siapa yang dimaksudkan oleh Puteri. Mata lelaki tersebut terpandang ke arah kelibat seorang remaja lelaki yang sedang mengutip botol di tong sampah berdekatan dan di mulutnya ada choki-choki. Konduktor dan pemandu bas itu ketawa terbahak-bahak.
“Budak hingusan ni awak punya balak?” persenda lelaki konduktor bas. “Kirim salam lah kat cik abang awak tu.” Bas tersebut terus bergerak meninggalkan perhentian bas tersebut.
Puteri terpinga-pinga dengan kata-kata lelaki tadi. Sebenarnya ingin sahaja Puteri beritahu bahawa Tuhan yang menemani dan sedang memerhatikan gelagat lelaki tersebut. Tak semena datang seorang lelaki lain sedang mengutip botol dan tin minuman dari tong sampah.
Puteri menoleh ke arah tong sampah di mana lelaki yang dituduh sebagai teman lelakinya oleh konduktor bas sebentar tadi. Sedang dia menoleh, lelaki itu juga menoleh. Mata mereka bertentang. Sekali lagi, jantung hati Puteri berhenti seketika dan mula berdegup kencang.
“Danial!”, “Puteri!” kedua-duanya bersuara serentak. Kedua-duanya tersipu malu.
“Awak buat apa kat sini?” soal Puteri.
“Kutip botol,” balas Danial. Puteri seperti tak percaya, remaja ‘baby-face’ seperti Danial sanggup menyara hidup dengan mengutip botol. Sebenarnya, Puteri membayangkan bahawa Danial merupakan seorang anak konglomerat terkenal, bahkan majlis resepsi perkahwinan Danial menepati piawai ‘wedding of the year’.
“Banyak dapat?” soal Puteri.
“Saya sebenarnya tak kisah sangat berapa pun saya dapat. Janji ada.”
Rasa simpati di hati Puteri terhadap Danial mula berputik, sedangkan perasaan minat terhadap Danial semakin layu. Segala persepsi eksostik yang wujud tentang Danial kini meleset. Nampak gayanya, Danial sudah terkeluar dari lelaki idaman Puteri. Jika Puteri berterusan menjalin hubungan dengan lelaki yang tidak setaraf dengannya dari sudut kekayaan harta, sudah pasti hubungannya tak direstui oleh keluarganya. Tak mahu dia menerima nasib seperti dalam filem P. Ramlee yang berjudul ‘Antara Dua Darjat’.
“Awak termenung apa tu?” sampuk Danial terhadap Puteri yang sedang mengelamun.
“Errr, tak ada apa-apa,” jawab Puteri, “ tapi saya ada satu soalan?”
“Soalan? Soalan exam atau soalan GK?”
“GK?”
“General Knowledge atau pengetahuan am,” jelas Danial.
“Owh… soalan jenis yang itu,”
“Apa soalannya?”
“Awak dah lama buat kerja kumpul botol ni?”
“Lama jugaklah,” jawab Danial kemudian dia tersenyum.
Puteri mengangguk meraikan jawapan Danial.
“Danial memang camtu, suka kutip botol,” sampuk Julia dari belakang. Turut bersamanya adalah Monica, Sherry dan Amanda. Ketibaan sahabat karib Puteri disambutnya dengan lagaan pipi sesama mereka.
“Mana awak tahu?” soal Puteri ketika berlaga pipi dengan Julia.
“Dia bakal suami aku,” jelas Julia ringkas.
“Hah!?” kesemua mereka terkejut dengan jawapan Julia, manakala Danial pula hanya ketawa.
###
~~~Well, obviously Puteri sangat terkejut bila dapat tahu lelaki ‘baby-face’ itu bakal suami Julia. Ya, mungkin perkahwinan pun bawah umur tak pelik tapi janggal. Apa yang Puteri maksudkan bawah umur, bukan dari sudut undang-undang tapi dari sudut kaca mata masyarakat. Personally, Puteri lebih selesa kahwin selepas ada kerja, kedudukan kewangan kukuh. Typical workaholic lady.
Puteri ada la search sikit pasal kahwin muda ni. Sebenarnya kahwin awal di usia muda bukanlah sesuatu yang pelik dalam masyarakat Timur. Even  orang Barat pun ada kahwin muda.
Followers pula macam mana? Sila tinggalkan pesanan selepas baca blog ini. See you soon. X.O.X.O dan D. END~~~
“Penatnya!” kata Puteri sambil mengurut jemarinya selepas mengemaskini blog-nya. Puteri bangun dari menghadap komputernya dan melabuhkan badannya di katil yang bercadarkan animasi Powerpuff Girls.
Telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Note miliknya segera dicapai dan skrin Galaxy Note itu memaparkan lambang Whatsapp.
‘Hai, Amanda,’ taip Puteri kepada Amanda menggunakan medium Whatsapp.
‘Hai, Puteri. I  tengah tolong my mommy decorate bunga untuk esok,’ balas Amanda.
‘Esok ada apa? Sorry sebab I lupa, maybe terminum semut dalam air tadi,’
‘Ish, Puteri ni. Kan dah janji untuk  attend majlis pertunangan I dengan Zarif,’
‘Bertunang?’
‘Yup, why you so shock about it!’
But you still not taking SPM yet,
I will. Baru bertunang, belum kahwin,’ balas Amanda ringkas.
Pelik apabila salah seorang kawannya iaitu Amanda sudah hampir bertunang, sedangkan ada masa lagi beberapa minggu untuk SPM. Puteri segera turun ke bawah menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Di sana, Tan Sri Mahmud dan Puan Sri Latifah sedang ketawa sakan melihat siaran tertunda Maharaja Lawak Mega.
Puteri datang dan duduk di sebelah datuknya, Tan Sri Mahmud dengan wajah masam mencuka. Sejak dari kecil lagi, Puteri memang selalu suka duduk berhampiran dengan datuknya. Tan Sri Mahmud dan Puan Sri Latifah berpandangan sesama sendiri. Apa-lah yang sedang bersarang dalam fikiran cucu kesayangan mereka. Tatkala mereka berdua ketawa melihat gelagat kumpulan Jambu di televisyen, Puteri masih masam mencuka. Bahkan semasa Jozan, kumpulan kegemaran Puteri, membuat persembahan, hanya Tan Sri Mahmud dan Puan Sri Latifah sahaja yang ketawa. Puteri masih masam mencuka malah mencebikkan bibirnya.
“Kenapa ni?’ soal Tan Sri Mahmud lembut.
Puteri hanya menggelengkan kepala.
Stress study kot,” Puan Sri Latifah cuba menjawab.
Tan Sri Mahmud cuba mendapatkan pengesahan dari Puteri dengan melihat ekspresi wajah Puteri. Sekali lagi, Puteri menggelengkan kepalanya.
“Cuba bagitahu kat grandpa, apa yang buat Fatihah cebik semacam?” pinta Tan Sri Mahmud kepada Fatihah atau nama penuhnya Puteri Batrisya Nur Fatihah.
“Puteri macam pelik dengan orang yang kahwin muda,” balas Puteri masih masam mencuka.
“Apa yang peliknya?” soal Tan Sri Mahmud sekali lagi.
Grandpa tak rasa pelik langsung ke?” soalan Puteri dibalas dengan senyuman dan gelengan kepala oleh Tan Sri Mahmud. Manakala Puan Sri Latifah menahan tawanya.
Even your grandpa and grandma pun kahwin muda, waktu tu your grandma masih umur 15 tahun,” sampuk Datuk Abdul Samad dari belakang membawa hidangan buah-buahan dari dapur.
Dalam fikiran Puteri, neneknya kahwin semasa ambil PMR kah? Itu yang sering terlintas di fikiran Puteri. Dia ingin tanya lebih lanjut tentang neneknya, tapi disampuk pula oleh kata-kata ibunya yang datang dari dapur membawa minuman.
“Orang sekarang nak kerja dulu, tak kisah kahwin lambat.”
“Yelah tu. Awak pun kahwin dengan saya umur 16 tahun.”
‘O.M.G.!’ hati kecil Puteri terkejut apabila mengetahui ibunya juga kahwin muda. Mata kecil Puteri terbeliak mendengar perbualan datuk, nenek dan ibu bapanya tentang kahwin muda. Suasana yang asalnya dipenuhi hilai tawa akibat rancangan di televisyen kini bertukar suasana gelak tawa isu kahwin muda.
Menyesal pula Puteri buka cerita tentang kahwin muda, ingatkan hanya sekadar nak cari penyokong yang mendokong aspirasinya sebagai penentang kahwin muda. Tak tahu pula keluarganya sendiri berkahwin di usia muda. Tambah pula, jika dikira mengikut matematik, neneknya kahwin pada umur 15 tahun, ibunya pula umur 16 tahun dan satu-satunya perempuan yang ada dalam rumah ini adalah dia yang berumur 17 tahun.
Triple OMG!’  bentak hati Puteri sambil mengurut dadanya. Kiranya, tahun ini sepatutnya dia dikahwinkan. Patutlah neneknya pernah kata bahawa jika dia tak dapat semua A dalam SPM, akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan neneknya.
Dalam diam, Puteri mengundur diri dari perbincangan antara ahli keluarganya tentang kahwin muda. Sesekali, Bik Tijah juga menyampuk memberi pandangannya tentang kahwin muda. Elok sahaja Puteri melangkah naik ke tangga, Puan Sri Latifah bersuara ;
“Fatihah jangan lupa, esok grandma ada tetamu istimewa. Puteri kena ada esok petang.”
‘Tetamu istimewa!’ desis hati Puteri sambil mengerut dahinya.
###
“Oit, Puteri!”
“Hah!?” Tersedar Puteri dari lamunannya. Jauh di sudut hatinya memikirkan siapakah tetamu istimewa neneknya itu. Takkanlah calon suami yang ingin dikenalkan Puan Sri Latifah dengannya. Dia tak mahu kahwin muda. Terutama jika dia bukan lelaki idamannya yang sedang menuntut di University of Birmingham.
“Termenung jauh nampak,” kata Monica.
Babe, aku nervous-lah,”
“Ala, aku pun  nervous jugak. Semua orang pun sama, chill sikit,” balas Monica cuba mengukir senyuman di wajah Puteri. Puteri senyum kelat walaupun tahu yang semua pelajar di situ gelisah menanti peperiksaan SPM, sedangkan hakikatnya Puteri sedang gelisah dengan tetamu istimewa neneknya.
Monica mencuit bahu Puteri, seperti ada rahsia yang ingin diberitahu. Moncia membisik ke telinga Puteri.
What!?” jerit Puteri. Monica segera menekup mulut Puteri.
“Jangan beritahu orang lain tau,”
Are you really sure?” soal Puteri seakan tak percaya.
Hundred percent sure.  Keluarga Rashid yang datang merisik kat rumah I kelmarin,”
and you accept it?”
Monica membalas dengan senyuman tersimpul malu.
“Selama ni, Puteri tengok bukan main lagi macam anjing dan kucing bila berjumpa,” kata Puteri seakan tak percaya bahawa Monica akan bertunang selepas habis sahaja peperiksaan SPM dengan Rashid, lelaki lembut di sekolah ini.
 “Betullah kata orang, kalau nak membenci biarlah berpada, mana tahu nanti orang yang paling kita benci jadi orang yang paling kita sayang,” balas Moncia yang sedikit malu.
So are you trying to say that you  sayang dia?”
“Selepas kahwin, barulah boleh sayang-sayang,” seloroh Monica.
“Huhhh,” keluah panjang Puteri.
“Kenapa babe? Tak suka dengar cerita I  ke?” soal Monica meminta penjelasan.
“Tak lah. As a friend, Puteri tumpang gembira jika Cik Puan Rashid wannabe ini pun bahagia. Cuma…”
“Cuma?”
It just I can’t get the picture kenapa semua orang nak kahwin muda. Tak boleh ke tunggu dapat kerja dulu ke, ada rumah sendiri dan kereta sendiri,” ujar Puteri seperti tak puashati.
“Entahlah Puteri. Bagi I, tak kisah kahwin pada usia bila pun. Janji kalau ada jodoh, kahwin. Bab rezeki, bapa I  kata lepas kahwin, rezeki kita akan jadi double. Bila ada anak, rezeki jadi triple and so on,” jawab Monica.
“Baiklah Ustazah Maimonah, eh, Ustazah Monica,” seloroh Puteri mendengar syarahan percuma dari Monica.
Sekembalinya dari sekolah, kereta Proton Perdana yang dipandu Pak Man memasuki perkarangan rumah Tan Sri Mahmud. Enjin dimatikan oleh Pak Man dan segera masuk ke dalam rumah. Dilihatnya Tan Sri Mahmud dan Puan Sri Latifah bersama tiga orang lagi tetamu sedang berbual di ruang tamu.
“Assalamualaikum,” Pak Man memberi salam kepada mereka.
“Pak Man, mana Fatihah?” tanya Puan Sri Latifah.
“Puteri belum masuk rumah lagi ke Puan Sri?”
“Eh, tak nampak pulak dia masuk rumah tadi,”
“Kalau macam tu, biar saya check dalam kereta dulu,” pinta Pak Man keluar semula dari rumah dan menuju ke kereta Proton Perdana yang baru sahaja diparkir olehnya.
Sementara itu di kereta, Puteri seperti tak tentu arah. Gelora di jiwanya menghalangnya untuk keluar dari kereta Proton Perdana. Tangannya memintal kain tudung sekolahnya. Giginya mengetap bibir bawahnya. Riak wajah muka resah jelas kelihatan. Baginya, biarlah dia bermalam dalam kereta asalkan tak berjumpa dengan tetamu istimewa neneknya.
“Astaghfirullahalazim!” pintu penumpang dibuka oleh Pak Man yang terkejut melihat Puteri masih di dalam kereta tersebut. “Maafkan Pak Man, nak. Pak Man tak sedar yang kamu masih ada dalam kereta. Jom keluar, Puan Sri dah panggil tu,”
“Pak Man…” nada Puteri sedikit gelisah, “ dalam rumah tu ada tetamu tak?”
“Ada,”
“Hah!” degup jantungnya bertambah kencang, terasa ingin luruh sahaja jantungnya. “Pak Man, saya duduk sini jelah.”
“Duduk sini? Dalam kereta?” soal Pak Man mendapatkan kepastian.
“Er… Ya,”
“Kamu pasti?”
“Ya, pasti , muktamad!” kata Puteri terus menutup pintu kereta.
Pak Man masuk kembali ke dalam rumah dan bertemu dengan Puan Sri Latifah.
“Dia tak mahu masuk dalam rumah!?” suara Puan Sri meninggi.
“Takpelah, grandma. Biar saya yang pergi,” Khairil Anas mencelah.
“Tapi Anas kan baru pulang dari Birmingham, tak penat ke?” simpati Puan Sri Latifah.
“Tak apa, lagipun dah lama saya tak jumpa dengan Puteri,”
Manakala dalam kereta Proton Perdana, Puteri memasang radio. Sekuat mana pun volume radio tersebut dinaikkan, fikirannya masih berkocak dengan apa yang sedang dibincangkan oleh nenek dan para tetamunya. Barangkali mereka sudah memutuskan tarikh perkahwinan antara dia dan tetamu istimewa neneknya.
Knok! Knok! Knok!
Tingkap kereta proton perdana di ketuk oleh seseorang. Puteri menyangka yang lelaki tersebut adalah Pak Man kerana saiz badan yang agak gempal. Pintu kereta yang berkunci segera dibuka.
“Pak Man, Puteri dah kata Puteri tak nak masuk…” kata-kata Puteri tersekat apabila melihat wajah Khairil Anas yang berdiri di tepi pintu kereta. Segera Puteri keluar dari kereta dan terkesima dengan kehadiran lelaki tersebut.
Lelaki tersebut adalah Khairil Anas bin Tun Azmizi Azmi. Anak bekas duta Malaysia di UK. Lelaki yang pernah berjanji untuk sehidup semati dengannya sewaktu di bangku sekolah rendah. Sekarang menuntut di tahun akhir di University of Birmingham dalam jurusan undang-undang.
“Puteri dah tak ingat Abang Anas ke?” sampuk Puan Sri Latifah yang berdiri di pintu rumah.
“Hah!?” kini baru Puteri tahu siapa lelaki yang terpacak di hadapannya. Saiz badan yang sedikit gempal menyebabkan Puteri tak berapa kenal dengan Anas, teman sepermainan sewaktu kecil.
Dan petang itu, Puteri hanya menunduk malu serta diam sahaja sambil mendengar perbincangan antara keluarganya dan keluarga Khairil Anas. Perbincangan tentang apa? Sudah tentu tentang masa depannya bersama dengan Khairil Anas. Sesekali soalan ditanyakan kepada Puteri, Puteri hanya menunuduk diam dan mengerut dahinya.
“Diam orang perempuan, tanda setuju,” Puan Sri Latifah tolong menjawab bagi pihak Puteri. Walaupun hati kecilnya berkata sebaliknya. Dia tahu bahawa dia bakal dijodohkan dengan lelaki idamannya – mungkin sudah tidak lagi menjadi idamannya kerana saiz badan yang agak gempal – tapi, dia masih berpendirian bahawa dia tidak mahu kahwin seawal usia muda. Ingin sahaja dia pergi ke Barat kerana disana banyak aktivis wanita yang menyokong membantah perkahwinan bawah umur 18 tahun.
Namun, dia masih tahu batasannya sebagai cucu kepada Tan Sri Mahmud dan Puan Sri Latifah. Puteri hanya mengikut sahaja kemahuan mereka.
###
~~~Sorry, Puteri tak ada mood untuk update cerita dalam blog ‘Akronim Cinta’. Ini semua sebab mamat B.G.S. dan my grandma. Siapa mamat B.G.S.? Well, he used to be my wannabe man yang sedang menuntut di University Bimingham. B.G.S. stand for what? Seperti biasa, BGS akronim kepada Budak Gempal Sangat. I know it’s a little bit harsh  untuk kutuk dia, but frankly said, saiz badannya memang agak gempal dari apa yang Puteri bayangkan.
Ingatkan boleh la dapat macam Orlando Bloom atau Johny Depp, tapi dapat pula seakan Afdlin Shauki. Sekali lagi Puteri tegaskan, bukan Puteri nak mengutuk tapi itulah realiti apa yang Puteri impikan. So sorry  to whom  yang terasa. X.O.X.O dan :(. END.~~~
Nggg!
Bunyi vibrate dari Samsung Galaxy Note milik Puteri. Skrin memaparkan gambar Sherry menandakan Sherry menelefonnya.
Congrate, my dear!” jerit Sherry melalui telefon.
Kenapa?”
 “Eleh, buat-buat tak excited pulak,”
Seriously, Puteri tak faham,”
“Kan awak tu dah nak kahwin dengan Abang Anas?”
“Hah!” respon Puteri yang kehairanan dari mana Sherry dapat tahu hal ini. “Babe, you tahu dari siapa?”
“Dari Abang Anas lah.”
‘Arghhh!’ amarah hati kecil Puteri tak dapat dibendung lagi. ‘Sepatutnya perkara kahwin ini bukan main-main dan boleh diberitahu kepada orang lain sesuka hati,’ hatinya berbisik.
Babe, kalau you sayang friendship kita, better jangan beritahu orang lain,” bentak Puteri menahan amarahnya.
Sorry sebab I dah share status you  dengan Abang Anas kat facebook. Dah banyak orang like dan komen,”
“What!?”
###
~~~Not in the mood to update my blog. SPM mode. X.O.X.O. :’(. END.~~~
Selang beberapa bulan selepas SPM selesai, Puteri Batrisya Nur Fatihah mendapat keputusan 1 B dan yang lain semua A. Dalam erti kata yang lain, sebagaimana yang dikatakan oleh Puan Sri Latifah kepada Puteri bahawa jika dia tak dapat semua A dalam SPM, maka dia akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan neneknya itu. Dalam kes ini, Khairil Anas, seorang remaja gempal yang menghitung tahun terakhirnya di Birmingham.
Sungguhpun begitu, bagi Puteri, walaupun dia mendapat keputusan semua A sekalipun, sahamnya sebagai gadis yang ‘available’ sudah tercalar dek status facebook oleh Sherry. Bahkan khabarnya, akibat kecewa dengan status facebook itu, Alif Haikal beralih arah dengan merisik Sherry pula.
Semasa Anas kembali ke Malaysia untuk beberapa ketika, tak banyak masa yang Puteri luangkan untuk berjumpa dengan bakal suaminya. Maklumlah, Puteri masih sibuk dengan peperiksaan SPM. Elok sahaja peperiksaan SPM berakhir, Anas pula perlu berangkat pulang ke Birmingham kerana semester akhirnya hampir bermula.
“Abang Anas nak bagi sesuatu kat Puteri,” kata Anas sebelum berangkat masuk ke balai perlepasan KLIA. Puteri hanya menunduk malu.
Satu kotak hadiah bersama kad di atas kotak hadiah tersebut diterima oleh Puteri. Ahli keluarga mereka berdua hanya tersenyum melihat tingkahlaku Puteri yang agak kekok menerima hadiah dari bakal suaminya itu.
Puteri membuka kad tersebut yang tertulis ‘S.A.J.I. saya.’
“SAJI saya!?” soal Puteri kehairanan.
Check SMS selepas abang Anas pergi,” jawab Anas ringkas. Sebelum Anas masuk ke balai perlepasan, dia mencium tangan kedua ibu bapanya dan mengucapkan selamat tinggal dan jumpa lagi kepada ahli keluarga yang hadir.
Puteri pula sibuk menyemak SMS dalam telefon bimbitnya. Tiada.
Tak lama selepas itu, telefon bimbitnya menerima satu SMS dari Anas. Puteri membuka dan membacanya , ‘S = Sudikah, A= Awak, J=Jadi, I=Isteri.’
Kemudian Puteri membuka kembali kad yang dibacanya, ‘S.A.J.I. saya… Sudikah Awak Jadi Isteri saya!?’ Senyumannya terukir tanpa sengaja, buat pertama kali Puteri terharu dengan tindakan Anas.
###
Lebih kurang enam bulan kemudian, Puteri Batrisya Nur Fatihah selamat diijab-kabulkan dengan Khairil Anas. Sungguhpun pada awalnya Puteri menentang dalam diam hasrat neneknya yakni Puan Sri Latifah, namun hari ini dia dapat merasakan hari yang paling indah bagi dirinya.
Jiwanya masih bergelora, namun geloranya adalah disebabkan menanti lafaz namanya disebut oleh Khairil Anas di hadapan wali Puteri iaitu Datuk Abdul Samad. Usai sahaja saksi menyebut sah dan Imam membaca doa selamat, gelora jiwa Puteri kembali tenang. Air matanya yang menitis di pipi mulusnya segera dilap oleh Monica dengan tisu.
Semua gembira selepas sahaja selesai upacara akad nikah. Selepas ini akan berlangsung pula upacara persandingan di rumah Tan Sri Mahmud. Kedua-dua mempelai di bawa ke bilik persalinan untuk memakai pakaian pengantin yang lain.
Anas mengambil kesempatan itu dengan memberikan sekotak hadiah bersama kad di atasnya.
“Awak baca kad ini lepas saya keluar dari bilik yer,” bisik Anas kepada Puteri.
Elok sahaja Anas melangkah pergi, Puteri segera membuka kad tersebut. Dahinya dikerut melihat nama perempuan lain yang ada pada kad tersebut.
“SARA!”
Nggg!
Telefon bimbit Puteri bergetar menandakan ada SMS yang baru masuk. Dengan muka merah padam, Puteri membaca SMS tersebut.
‘Jangan marah. Baca dulu description akronim perkataan SARA. S=Saya, A=Amat, R=Rindu, A=Awak.’
Bahagianya dirasakan ketika itu. Puteri tak menyangka bahawa perasaan sebahagia ini dapat dirasakan pada hari perkahwinannya. Matanya yang sudah siap bercelak kini bergenang. Puteri mengipas-ngipas matanya supaya air mata tak jatuh berguguran yang boleh merosakkan solekannya.
Monica yang baru masuk dan terlihat gelagat Puteri, cuba membantu. Dia mengambil tisu dan cuba mengesat air mata yang bergenang. Dalam keadaan Monica cuba membantu Puteri, sempat lagi Puteri mengirim SMS kepada Anas.
“HAUS!” Anas membaca SMS yang dikirim oleh Puteri.
Anas bergegas mengambil air mineral dan membawa air tersebut kepada isterinya yakni Puteri.
“Apa ni?” soal Puteri.
“Awak kata haus tadi,” jawab Anas.
“Saya tak kata pun,”
“Memanglah awak tak kata. Awak SMS saya tadi,” ujar Anas sambil menunjukkan bukti SMS-nya.
“Cuba check SMS awak lagi,” pinta Puteri. Satu SMS baru sahaja diterima oleh Anas. Puteri menyuruh Anas membacanya.
“Akronim perkataan HAUS. H=Hanya, A=Awak, U=Untuk, S=Saya,” Anas hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala. Tak sangka, isterinya juga pandai memerangkap dirinya dengan perkataan.
~~~Still tak ada mood untuk update blog Akronim Cinta. Sedang bahagia di sisi suami tercinta walaupun Puteri sebenarnya tak suka kahwin di awal usia. Well, seperti yang kawan Puteri kata, kalau sudah ada jodoh, terimalah seadanya. Tak kira usia muda atau tua, semua ada aturannya tersendiri. BYE. X.O.X.O dan D. END.~~~
Publish!” kata Puteri sambil menekan butang ‘publish’ pada blog-nya.

14 comments:

Anonymous said...

Pening i nk bca la u sbb ad part yg dia kt blog pas2 ad yg dialog papepun ok..best..teruskan usaha
arlyssa..

Nur Sara Sufia said...

Haishh.. wht kind of cerpen huh?plot entah kemana.. cmne readers nk bezakn sama ada blog or dialog? Fix it writers..

Fatin Safiyya said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

I'm so sorry tapi what type of cerpen yg awk tulis??? I don't understand at all .... :O

Amoyy Kechik said...

Sorry sya ckp ni ..bila baca ni agak memeningkn ..tp gud job jalan crita yg menarik ..sya suka ..berusaha lgi ye ^_^

Amoyy Kechik said...

Sorry sya ckp ni ..bila baca ni agak memeningkn ..tp gud job jalan crita yg menarik ..sya suka ..berusaha lgi ye ^_^

Unknown said...

serius I cakap...cerpen ni pling teruk I pernah baca...macam diari...dear writer please jgn buat cerpen mcm ni lagi..very terrible...and semua watak dlm ni kaya2 ke...cliche sangatt...your writing seriously very bad...x lyk untuk dipuji...

gixi zi said...

serius I cakap...cerpen ni pling teruk I pernah baca...macam diari...dear writer please jgn buat cerpen mcm ni lagi..very terrible...and semua watak dlm ni kaya2 ke...cliche sangatt...your writing seriously very bad...x lyk untuk dipuji...

muhammad adlan said...

Jln cerita yg mmeningkn... but , okay laa... don't give up... n teruskn usaha dlm mncipta sbuah cerpen...

muhammad adlan said...

Jln cerita yg mmeningkn... but , okay laa... don't give up... n teruskn usaha dlm mncipta sbuah cerpen...

Anonymous said...

tak puas hati lh dgn endingnye...kite nak puteri dgn mamat 'baby face' tue...tk nakk dgn anas yg GEMPAL...

mak ieteng said...

kreatif! saya suka! saya suka!

Shamimie Amiera said...

Actually cerpen Ni agak memeningkna skit.but,good job and try harder

Shamimie Amiera said...

Actually cerpen Ni agak memeningkna skit.but,good job and try harder